Perkhidmatan

Kububuku

Sewaan

Selain menjual buku, kami juga membuat SEWAAN buku kepada pejabat, sekolah, perpustakaan, masjid, surau dan juga keluarga. Kami boleh berikan buku-buku untuk disewa dalam beberapa pakej:-

Pejabat/Masjid/Surau

Perpustakaan

Keluarga

Sebarang Soalan

FAQ

Cari jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya tentang perkhidmatan kami. Dapatkan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan mudah melalui senarai soalan lazim kami.

Kububuku ialah sebuah Kedai Buku Bergerak. Kami menjual buku dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Tidak. Kububuku bukan perpustakaan, tetapi Kedai Buku Bergerak.

Kububuku beroperasi mengikut jemputan. Biasanya kami ke sekolah-sekolah. Selain itu Kububuku juga menyertai apa-apa karnival, kolej, universiti, pejabat kerajaan mahupun tempat tumpuan orang ramai.

Sila hantar jemputan ke emel info@mobilebookcafe.com. Sila nyatakan:

a. Nama Sekolah

b. Bilangan murid

c. Bilangan sesi

d. Aktiviti yg diperlukan

e. Tarikh jangkaan

Kububuku akan datang bersama dengan penulis. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah ceramah, bengkel, taklimat, bicara buku dan sebagainya.

Kami sertakan contoh kertaskerja, surat dan jadual giliran pelajar.

Contoh kertas kerja: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/1.html

Contoh Jadual Murid ke Kububuku: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/jadual-jualan-buku-mobilebookcafe.html 

Contoh Surat:

Mobile Book Café
No. 9, Taman Baru 2a,
Taman Bukit Kajang Baru,
43000 Kajang,, Selangor.

Tuan,

JEMPUTAN KUBUBUKU DAN UNIT KARANGKRAF KE SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa lanjutan daripada perbincangan pihak tuan dengan guru pengelola program, Pn. Hasny@Yanti bt Zainal, pihak sekolah ingin menjemput unit tuan ke sekolah kami pada tarikh-tarikh berikut;

Hari                             :           ISNIN, SELASA DAN RABU

Tarikh             :           10, 11 dan 12 November 2014

Masa              :           9.30 a.m hingga 4.30 p.m

  1. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat menyediakan tentatif aktiviti bagi 10 dan 11 November yang melibatkan murid-murid tahap 1 dan 2.
  2. Kerjasama pihak tuan sangat dihargai dan diharap dapat menyemarakkan semangat membaca di kalangan murid-murid sekolah ini..

Sekian, Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(NAMA GURU BESAR)

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Puchong

Scroll to Top