Perkhidmatan
Kububuku
Sewaan
Pejabat/Masjid/Surau
- 120 buah buku setahun
- Setiap bulan kami hantar 10 buah buku baharu.
- Ini bermakna tuan/puan mendapat SEPULUH buah buku terbaharu pada SETIAP bulan.
Perpustakaan
- 1,000 buku setahun
- Tuan/puan mendapat 1,000 buah buku secara sewaan bagi tempoh setahun.
- Jumlah ini sudah cukup untuk memulakan sebuah perpustakaan TANPA peruntukan untuk membeli buku. Bagi tahun kedua, tuan/puan boleh menyewa buku baharu selama setahun lagi ataupun buat sewaaan secara bulanan. Misalnya 100 buku baharu pada setiap bulan.
Keluarga
- Ingin membaca novel terbaharu setiap bulan?
- Kami berikan secara sewaan 5 buah novel terbaharu pada setiap bulan.
Sebarang Soalan
FAQ
Cari jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya tentang perkhidmatan kami. Dapatkan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan mudah melalui senarai soalan lazim kami.
Kububuku ialah sebuah Kedai Buku Bergerak. Kami menjual buku dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Tidak. Kububuku bukan perpustakaan, tetapi Kedai Buku Bergerak.
Kububuku beroperasi mengikut jemputan. Biasanya kami ke sekolah-sekolah. Selain itu Kububuku juga menyertai apa-apa karnival, kolej, universiti, pejabat kerajaan mahupun tempat tumpuan orang ramai.
Sila hantar jemputan ke emel info@mobilebookcafe.com. Sila nyatakan:
a. Nama Sekolah
b. Bilangan murid
c. Bilangan sesi
d. Aktiviti yg diperlukan
e. Tarikh jangkaan
Kububuku akan datang bersama dengan penulis. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah ceramah, bengkel, taklimat, bicara buku dan sebagainya.
Kami sertakan contoh kertaskerja, surat dan jadual giliran pelajar.
Contoh kertas kerja: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/1.html
Contoh Jadual Murid ke Kububuku: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/jadual-jualan-buku-mobilebookcafe.html
Contoh Surat:
Mobile Book Café
No. 9, Taman Baru 2a,
Taman Bukit Kajang Baru,
43000 Kajang,, Selangor.
Tuan,
JEMPUTAN KUBUBUKU DAN UNIT KARANGKRAF KE SEKOLAH
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa lanjutan daripada perbincangan pihak tuan dengan guru pengelola program, Pn. Hasny@Yanti bt Zainal, pihak sekolah ingin menjemput unit tuan ke sekolah kami pada tarikh-tarikh berikut;
Hari : ISNIN, SELASA DAN RABU
Tarikh : 10, 11 dan 12 November 2014
Masa : 9.30 a.m hingga 4.30 p.m
- Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat menyediakan tentatif aktiviti bagi 10 dan 11 November yang melibatkan murid-murid tahap 1 dan 2.
- Kerjasama pihak tuan sangat dihargai dan diharap dapat menyemarakkan semangat membaca di kalangan murid-murid sekolah ini..
Sekian, Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(NAMA GURU BESAR)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Puchong