The First Bookshop On Wheels In Malaysia.

Mobile Book Cafe

Dapatkan pelbagai genre, dari fiksyen hingga buku kanak-kanak, di kedai buku kami yang luas. Sertai komuniti pembaca kami dan nikmati pengalaman membaca yang mengasyikkan.

Mobile Book Cafe

Tentang Kami

Mobile Book Cafe ialah sebuah perniagaan menjual buku secara bergerak. Kedai buku kami berupa van yang telah diubahsuai menjadi sebuah kedai buku. MobileBookCafe bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk menjual buku. Selain membawa buku, kami juga membawa penulis untuk menemui pembeli dan pembaca.

Visi
Untuk melahirkan rakyat Malaysia yang melazimi budaya membaca dan berdaya saing, positif dan berjiwa murni di samping meluaskan pasaran dan pengedaran buku secara lebih efektif ke seluruh Malaysia.

Misi
Untuk meningkatkan jualan buku di sekolah-sekolah khususnya dan seluruh Negara amnya selain memperbaharui dan memperkasa industry buku di negara Malaysia.

Mobile Book Cafe

Siapa Kami

Muhamad Bin Ali (MBA) dan Muhammad Azam Nor Anwar (Azam) adalah pengasas MobiloeBookCafe (MBC) ini. Berikut disertakan serba sedikit mengenai kami:
MUHAMMAD AZAM NOR ANWAR
Mobile Book Cafe

Objektif

Dapat memperluaskan dan mempelbagaikan penyampaian buku dari segi pelbagai cara.

Mendukung budaya membaca dalam kalangan remaja dan budak sekolah.

Memperluas jaringan kerjasama dan kolaborasi strategik dalam memudahkan penyampaian budaya membaca di seluruh Malaysia.

Mobile Book Cafe

Sewaan

Selain menjual buku, kami juga membuat SEWAAN buku kepada pejabat, sekolah, perpustakaan, masjid, surau dan juga keluarga. Kami boleh berikan buku-buku untuk disewa dalam beberapa pakej:-

Pejabat/Masjid/Surau

Perpustakaan

Keluarga

Sebarang Soalan

FAQ

Cari jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya tentang perkhidmatan kami. Dapatkan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan mudah melalui senarai soalan lazim kami.

MBC atau MobileBookCafe ialah sebuah Kedai Buku Bergerak. Kami menjual buku dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Tidak. MBC bukan perpustakaan, tetapi Kedai Buku Bergerak.

MBC beroperasi mengikut jemputan. Biasanya kami ke sekolah-sekolah. Selain itu MBC juga menyertai apa-apa karnival, kolej, universiti, pejabat kerajaan mahupun tempat tumpuan orang ramai.

Sila hantar jemputan ke emel info@mobilebookcafe.com. Sila nyatakan:

a. Nama Sekolah

b. Bilangan murid

c. Bilangan sesi

d. Aktiviti yg diperlukan

e. Tarikh jangkaan

MBC akan datang bersama dengan penulis. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah ceramah, bengkel, taklimat, bicara buku dan sebagainya.

Kami sertakan contoh kertaskerja, surat dan jadual giliran pelajar.

Contoh kertas kerja: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/1.html

Contoh Jadual Murid ke MBC: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2014/10/jadual-jualan-buku-mobilebookcafe.html 

Contoh Surat:

Mobile Book Café
No. 9, Taman Baru 2a,
Taman Bukit Kajang Baru,
43000 Kajang,, Selangor.

 

Tuan,

JEMPUTAN MOBILE BOOK CAFÉ DAN UNIT KARANGKRAF KE SEKOLAH

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa lanjutan daripada perbincangan pihak tuan dengan guru pengelola program, Pn. Hasny@Yanti bt Zainal, pihak sekolah ingin menjemput unit tuan ke sekolah kami pada tarikh-tarikh berikut;

Hari                             :           ISNIN, SELASA DAN RABU

Tarikh             :           10, 11 dan 12 November 2014

Masa              :           9.30 a.m hingga 4.30 p.m

  1. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat menyediakan tentatif aktiviti bagi 10 dan 11 November yang melibatkan murid-murid tahap 1 dan 2.
  2. Kerjasama pihak tuan sangat dihargai dan diharap dapat menyemarakkan semangat membaca di kalangan murid-murid sekolah ini..

Sekian, Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

(NAMA GURU BESAR)

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Puchong

Mobile Book Cafe

Testimoni

Mobile Book Cafe

Hubungi Kami

Semoga usaha kecil kami ini akan memudahkan masyarakat dan pencinta buku untuk memperolehi buku-buku idaman.

Hubungi Kami

Scroll to Top